Pengenalan
Kelayakan MOF untuk pembekal yang berhasrat untuk berdaftar dengan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), sentiasa menjadi rebutan ketika peluang tawaran Tender dibuka. Ada syarikat memerlukan khidmat konsultan yang lebih pakar dalam bidang ini. Mungkin kerana kesuntukan masa, memerlukan sijil dengan segera atau perjalanan agak jauh sekiranya walk-in di pejabat MOF. Syarikat yang mempunyai sijil ini, adalah layak untuk memasuki mana-mana Tender atau Sebut Harga yang ditawarkan oleh Kerajaan. Tetapi, siapakah yang layak mendapatkan sijil ini?
- Pendaftaran Syarikat ROC (Bhd, Sdn. Bhd.) yang berdaftar dengan SSM
- Pendaftaran Perniagaan ROB (Enterprise, Trading, Resources) yang berdaftar dengan SSM
- Pendaftaran Perkongsian Lialibiti Terhad (PLT)
- Firma Perunding yang berdaftar dengan Lembaga Ikhtisas (Badan Profesional)
- Syarikat atau perniagaan koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
- Syarikat atau perniagaan persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
- Sabah dan Srawak yang berdaftar dengan berdaftar dengan Majlis Perbandaran
Syarikat bumiputera atau bukan bumiputera juga adalah layak mohon MOF. Akan tetapi, kelayakan MOF bagi pembekal untuk syarikat bukan bumiputera tidak boleh mohon kod bidang yang dikhaskan oleh syarikat bumiputera seperti kod bidang percetakan. Pengiraan jumlah saham pemegang saham juga akan dikira oleh pegawai pelulus MOF bagi meluluskan permohonan MOF. Sijil Taraf Bumiputera (STB) juga dikhaskan untuk syarikat 100% bumiputera sahaja.
Syarikat yang dinyatakan di atas adalah layak berdaftar dengan MOF. Walaupun anda baru bertapak di dunia perniagaan, anda tetap layak berdaftar dengan MOF dan merebut peluang mendapatkan Tender Kerajaan. Bagaimana pula kelayakan MOF bagi pembekal yang ingin mendaftar atas dua syarikat yang berbeza seperti ABC Sdn Bhd dan ABC Enterprise? Juga tiada masalah. Tetapi perlu diingatkan, individu yang mempunyai dua syarikat berbeza tidak boleh memohon kod bidang yang sama. Setiap pendaftaran MOF, hanya penama yang didaftarkan di Sijil Akuan Pendaftaran MOF sahaja dibenarkan berurus niaga dengan Jabatan Kerajaan.
Hubungi Kami
Tiada masa untuk mendaftarkan syarikat anda dengan MOF? Permohonan sering ditolak kerana terdapat kesilapan yang berulang? Tidak arif menguruskan pendaftaran MOF? Tertanya kelayakan MOF yang dinyatakan sesuai atau tidak dengan syarikat atau perniagaan anda? Jangan risau, kami di RenewMOF.com akan membantu anda dalam menguruskan pendaftaran MOF sehingga sijil DILULUSKAN! Bagaimana caranya? Klik pada 01170009624 untuk maklumat lebih lanjut. Dalam temph 24 jam, pegawai perkhidmatan kami akan membantu anda.





