Lesen Kementerian Kewangan Malaysia MOF

LESEN MOF

Isi Kandungan

Lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA MOF

 

Lesen Kementerian Kewangan Malaysia MOF adalah singkatan dari perkataan the ‘Ministry of Finance’ iaitu Sijil Kementerian Kewangan Malaysia. Sijil ini wajib dimohon oleh pembekal dan kontraktor yang ingin memohon Tender atau Sebut Harga Kerajaan. Tanpa pendaftaran sijil ini, syarikat anda adalah tidak layak untuk menyertai sebarang Tender Kerajaan.

Selain itu, syarikat juga boleh mendapatkan penarafan bumiputera. Syarikat mestilah memiliki 51%-75% bumiputera adalah layak untuk mendapatkan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Dengan memiliki sijil ini, syarikat anda layak memohon Tender atau Sebut Harga yang dikhaskan untuk syarikat-syarikat bumiputera.

Jangan keliru ya dengan ePerolehan, MOF, lesen MOF, sijil MOF kerana semua ini adalah satu sijil yang sama.

 

5 Kelebihan Pendaftaran Dengan MOF

  • Mengembangkan perniagaan ke skala lebih besar.
  • Meningkatkan keuntungan dan pendapatan syarikat.
  • Proses urusniaga lebih selamat bersama Kerajaan.
  • Tambahan nilai buat syarikat atau perniagaan.
  • Berpeluang mendapatkan penarafan bumiputera.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Penyata akaun semasa syarikat (current account) terkini.
  • Salinan kad pengenalan (warganegara) atau passport (warga asing) pemilik.
  • Salinan kad pengenalan pekerja.
  • Borang pengesahan MOF yang disahkan oleh kakitangan syarikat.
  • Dokumen-dokumen tambahan lain diperlukan bergantung dengan kod bidang yang dimohon.

Tempoh Kelulusan Permohonan

  • Bagi pendaftaran MOF untuk syarikat enterprise dan sdn bhd ialah 7-14 hari waktu bekerja.
  • Manakala, bagi pendaftaran bumiputera (STB) ialah 1-2 bulan kerana memerlukan lawatan tapak.
  • Sekiranya kod bidang yang dimohon ialah kod bidang biasa, kelulusan sama seperti pendaftaran MOF.
  • Tetapi kelulusan mengambil masa 1-2 bulan sekiranya syarikat mohon kod bidang khas.

 

Hubungi Kami Untuk Bantuan

Kesimpulanya, terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperolehi dari pendaftaran MOF ini untuk syarikat dan perniagaan anda. Pastikan syarikat atau perniagaan anda berdaftar dengan MOF supaya anda juga yang akan memperoleh manfaat dari kerajaan. Dapatkan khidmat konsultan dari kami dengan isi maklumat syarikat di Borang Permohonan atau boleh terus hubungi di talian 011-7000 9624.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Sebut Harga?

Isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda beserta sebut harga