3 CIRI MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA
Usahawan perlu mempunyai personaliti yang hebat dalam sikap, kemahiran dan pengetahuan. Hal ini kerana, dengan adanya personaliti usahawan yang hebat akan membantu untuk menjadikan syarikat tersebut dikenali ramai. Saya mengambil contoh, produk kecantikan Ainaa Beauty yang tidak asing lagi di setiap mata pengguna telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya di bawahnya sehingga dinobatkan sebagai ‘Anugerah Lelaki & Wanita Inspirasi’. Ayuh kenali 3 ciri menjadi usahawan yang berjaya.
Berfikiran Positif
Sebagai seorang usahawan, sekiranya anda sedang menghadapi kegagalan, anda perlulah melihat kegagalan itu sebagai satu peluang untuk meningkatkan lagi usaha di masa akan datang. Bukan itu sahaja, keyakinan diri yang tinggi perlu ada pada setiap usahawan agar dapat menyebarkan aura positif kepada pekerja supaya dapat menunjukkan contoh yang terbaik dalam kepimpinan dan tidak mudah mengalah serta sanggup menghadapi cabaran yang mendatang.
Bijak Mengambil Peluang
Seorang usahawan haruslah sentiasa mencari peluang bagi meningkatkan lagi keuntungan perniagaan yang sediada. Akan tetapi niat mestilah kena betul, menjadi seorang usahawan bukanlah mengejar keuntungan semata-mata malah turut memberi manfaat kepada masyarakat. Selain itu juga, berupaya dalam memerhati persekitaran dengan jelas dan menjadikan ia sebagai matlamat untuk memperbaiki perniagaan yang dijalankan. Cara ini merupakan cara yang berani, kerana sanggup mengambil risiko demi mengembangkan perniagaan yang sediada dengan berjaya.
Bijak Dalam Komunikasi
Sebagai seorang usahawan seperti kami di lesenkewangan2u.com, anda mestilah bijak dalam berurusan dengan pelanggan. Dalam erti kata lain, mestilah bijak mengambil hati pelanggan dan memahami keperluan yang diingini oleh mereka. Skil komunikasi yang baik juga amat penting dalam sesebuah organisasi dimana setiap perbincangan akan menghasilkan kata sepakat yang baik. Perkara ini lebih harmoni tanpa sebarang isu yang akan timbul disebabkan oleh lemah nya kemahiran komunikasi yang baik.
RUMUSAN
Kesimpulannya, jika anda ingin berjaya maka berusahalah dan jangan mudah putus asa dan yang paling penting, jadilah manusia yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.
Akhir kata, kami dari RenewMOF mendoakan agar usaha anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya dan dapat membina syarikat syarikat dan perniagaan yang besar dipermudahkan urusan.