Berniaga merupakan satu bidang kerja yang sangat luas dan terdapat pelbagai kelebihan yang anda akan perolehi apabila anda mula menceburi bidang perniagaan. Melalui perancangan perniagaan yang terbaik, anda dapat mengembangkan produk atau perkhidmatan anda sehingga diketahui orang ramai, anda dapat menambahkan sumber pendapatan, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan, meluaskan pasaran perniagaan dan sebagainya. Pernahkan anda mendengar B2C? B2C atau Business to Consumer merupakan urusniaga antara peniaga dan pembeli individu.
Cara Untuk Perniagaan Berkembang Maju

Promosi Secara Atas Talian
Untuk makluman, dunia perniagaan sekarang lebih memilih untuk menggunakan konsep “E-Commerce”. Atau dagangan secara atas talian kerana proses perniagaan cara ini lebih mudah dan lebih efisien. Sebagai contoh, anda memiliki bisnes makanan dan minuman dan anda tidak mahu menyewa gerai atau bangunan kedai. Jadi, anda boleh mempromosikan produk anda secara atas talian seperti Shopee, Tiktok Shop, Facebook dan Lazada. Platform media ini tidaklah percuma, tetapi masih berbaloi kerana rangkaian sosial ini dikenali di serata dunia.
Memperkenalkan Produk Kepada Kerajaan
Seterusnya, perkenalkan produk atau perkhidmatan anda kepada kerajaan. Salah satu caranya ialah anda mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Melalui pendaftaran dengan MOF, anda dapat memasuki mana-mana Tender atau Sebut Harga dengan Jabatan Kerajaan. Terdapat banyak kod bidang yang boleh dimohon seperti pembersihan, bengkel, makanan, penginapan dan sebagainya. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual produk untuk makanan, kod bidang yang boleh dimohon ialah 040101(Makanan Dan Bahan Mentah Kering/Basah), 040102 (Makanan dan Minuman tin,botol dan bungkus), 040103 (Makanan bermasak Islam) dan 040104 (Makanan Bermasak bukan Islam). Dengan adanya kod bidang ini, anda layak untuk memasuki mana-mana tender yang ditawarkan oleh Kerajaan.
Pameran Produk
Selain itu, pameran adalah salah satu cara untuk membuatkan produk anda lebih dikenali ramai. Dengan cara ini, pelanggan dapat melihat produk anda secara bersemuka dan anda juga boleh menarik perhatian mereka dengan perkongsian yang lebih terperinci. Ketika pameran ini berlangsung, anda juga boleh mengadakan aktiviti yang menarik seperti menjawab pertanyaan mengenai produk anda dan memberi hadiah kepada pemenang. Anda juga boleh meletakkan syarat seperti perlu mengikuti akaun media sosial seperti Facebook, Youtube dan Tiktok.
Rumusan
Terdapat pelbagai lagi perancangan perniagaan yang boleh dilakukan untuk mengembangkan produk anda. Apa yang anda perlu hanyalah usaha dan usaha. Jom daftar sijil kewangan MOF dengan kami hanya perlu isi maklumat di Borang Permohonan dan pegawai kami akan bantu anda menguruskan pendaftaran anda sehingga sijil anda diluluskan.