Pengenalan
Setiap syarikat, perniagaan dan firma perunding yang berdaftar dengan MOF akan mempunyai kod bidang yang berdaftar. Terdapat beberapa jenis kod bidang iaitu kod bidang biasa, khas, perunding dan ICT. Setiap kod bidang yang dipilih adalah berdasarkan produk dan perkhidmatan yang ingin disediakan oleh pembekal buat Kerajaan. Pembekal dibenarkan memohon 30 kod bidang (maksimum). Kod bidang ini digunakan bagi memudahkan Kerajaan mengenal pasti syarikat yang layak memasuki Tender atau Sebut Harga.
Jenis-Jenis Kod Bidang
- Kod Bidang Biasa terdiri daripada Penerbitan dan Penyiaran, Peralatan Pejabat, Hiasan Dalaman, Sukan Rekreasi, Makanan dan Minuman, Pertanian dan Ternakan, Kejuruteraan dan sebagainya.
- Kod Bidang Khas pula ialah kod bidang Pembuat (wajib mempunyai kilang), Percetakan, Perkhidmatan Penyelenggaraan Kenderaan.
- Kod Bidang Perunding mestilah dimohon oleh Firma Perunding yang berdaftar dengan Badan Professional.
Syarat Permohonan Kod Bidang
- Permohonan kod bidang biasa hendaklah dibuat secara berasingan dengan kod bidang khas kerana kod bidang khas memerlukan lawatan ke premis.
- Kod bidang MOF yang sama tidak boleh dimohon sekiranya dua atau lebih syarikat didaftarkan di bawah penama yang sama (Pengarah, kakitangan, pemegang saham).
- Bagi kod bidang khas, kelulusan mengambil masa 1-2 bulan kerana memerlukan lawatan tapak oleh pegawai yang terlibat.
- Lawatan pengesahan kod bidang khas bagi semakan semula kelayakan akan dilaksanakan setiap dua kali pembaharuan atau setiap enam tahun.
Dokumen Penambahan Kod Bidang
- Borang Pengisytiharan MOF.
- Caruman KWSP ke atas pekerja yang didaftarkan.
- Perjanjian Sewa Syarikat.
- Sijil Kelayakan Akademik mengikut kod bidang yang dimohon.
Biasanya pembekal akan keliru untuk membuat pemilihan kod bidang disebabkan tiada pengalaman. Anda perlu berhati-hati untuk memilih kod bidang buat syarikat anda. Hal ini kerana, sekiranya SSM anda tidak selari dengan kod bidang MOF yang anda ingin mohon, pegawai pelulus MOF tidak akan meluluskan permohonan MOF anda. Sekiranya itu terjadi, anda terpaksa membuat permohonan semula (resubmit) dan perlu menunggu 1-2 minggu untuk mendapatkan kelulusan. Kami dari RenewMOF akan membantu anda untuk menentukan pemilihan kod bidang yang betul dan tepat untuk syarikat. Ramai syarikat yang telah berjaya mendapatkan kelulusan kod bidang dengan bantuan konsultansi dari kami.
Hubungi Kami
Boleh terus hubungi kami di talian 011-70009624 atau emailkan ke info@renewmof.com untuk sebarang pertanyaandalam tempoh 24 jam pegawai kami akan hubungi anda.