Pengenalan Sijil Taraf Bumiputera (STB)

STB

Isi Kandungan

Pengenalan

Sijil Taraf Bumiputera (STB) ialah sijil yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada syarikat dan perniagaan yang mempunyai kelayakan bumiputera. Pendaftaran sijil ini juga agak berbeza dengan pendaftaran MOF kerana tidak semua pembekal yang layak memilikinya. Dengan adanya sijil ini, pembekal layak memasuki Tender atau Sebut Harga yang dibuka khas untuk syarikat dan perniagaan bumiputera sahaja.

Pendaftaran bumiputera mengambil masa 1-2 bulan kerana memerlukan lawatan tapak oleh pegawai yang terlibat. Pemberian Sijil Taraf Bumiputera (STB) adalah daripada MOF melalui lawatan premis oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Pegawai diberi kebenaran untuk melawat kawasan tanpa sebarang notis. Oleh itu, pembekal dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan kehadiran pegawai setelah status permohonan bertukar kepada “Menunggu Pegawai Melawat Kawasan”. Kenapa tempoh kelulusan agak lama? Hal ini kerana, PKK yang hadir bukan sahaja menguruskan bumiputera MOF, tetapi mereka juga bumiputera CIDB. Sekiranya syarikat atau perniagaan anda beroperasi di Sabah atau Sarawak, kelulusan kemungkinan mengambil masa 2-3 bulan kerana memerlukan pengesahan dokumen dari Majlis Perbandaran Sabah atau Sarawak.

 

Kriteria Pendaftaran STB

  • Penarafan bumiputera mestilah sekurang-kurangnya 51% ekuiti syarikat dimiliki oleh bumiputera dari segi Pengarah syarikat, Pengurusan, pegangan saham, pekerja dan kakitangan.
  • Syarikat dimiliki sepenuhnya (100%) dikuasai oleh bumiputera bagi semua aspek Pengarah syarikat, Pengurusan, pegangan saham, pekerja dan kakitangan.
  • Pemberian kelayakan taraf bumiputera merupakan satu keistimewaan. Sekiranya anda gagal dalam mematuhi kriteria taraf bumiputera yang ditetapkan oleh MOF akan membolehkan taraf bumiputera yang telah diberi ke atas syarikat ditarik balik dan dibatalkan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Kod Bidang Yang Layak

  • Bidang Percetakan 221607 hingga 221608
  • Agen Pengembaraan 221307
  • Broker Insuran 221802

Dokumen & Syarat

  • Carta Organisasi
  • Peta Lakar ke Premis Syarikat
  • Caruman KWSP ke atas pekerja
  • Perjanjian Sewa Premis Syarikat

 

Kesimpulan

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai syarat penting yang wajib ada untuk pendaftaran sijil bumiputera dan tidak tahu bagaimana cara pendaftaran bumiputera ini diproses? Boleh isi maklumat di Borang Permohonan ini atau boleh terus hotline kami di talian 011-70009624 untuk bercakap terus dengan pegawai yang berpengalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Sebut Harga?

Isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda beserta sebut harga

× Boleh kami bantu anda?