Pengenalan
Bagi setiap syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) perlu perbaharui dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh expired. Syarikat juga boleh renew sijil kewangan MOF dalam tempoh setahun tarikh tamat sah laku. Proses renew sijil kewangan MOF adalah sama seperti pendaftaran baharu tetapi akan ada dokumen tambahan diperlukan mengikut jenis syarikat. Hal ini kerana proses pembaharuan adalah untuk pegawai MOF menyemak semula maklumat-maklumat yang dilampirkan ketika pendaftaran baharu sebelum itu.
Dokumen
Dokumen yang diperlukan untuk syarikat ialah seperti SSM terkini, penyata akaun bank atas nama syarikat yang terkini, perjanjian sewa premis atau dokumen kebenaran dari pemilik premis yang dimatikan setem. Perlu kemukakan penyata caruman KWPS bulan terkini beserta resit bayaran caruman. Jika terdapat sebarang perubahan maklumat syarikat, pemohon perlu lampirkan dokumen yang telah dikemaskini bagi mengelakkan permohonan ditolak oleh pegawai MOF.
MOF juga berhak menarik semula siji syarikat dari sistem eP sekiranya syarikat tidak memperbaharui sijil dalam tempoh satu 1 tahun dari tarikh tamat pendaftaran. Manakala, bagi permohonan pembaharuan bagi syarikat yang mendaftar kod bidang khas, lawatan pengesahan kod bidang khas bagi semakan semula kelayakan akan dilaksanakan setiap 2 kali pembaharuan atau setiap 6 tahun. Tempoh kelulusan renew adlaah 7 hingga 14 hari waktu bekerja selepas dokumen lengkap.
Penutup
Pengalaman kami selama lebih dari 5 tahun telah berjaya mendapatkan kepercayaan dari ramai syarikat yang berdaftar dengan MOF. Kami menguruskan permohonan anda dari semakan dokumen, cadangan kod bidang yang bersesuaian sehingga sijil MOF yang kami uruskan diluluskan. Semua proses ini memudahkan urusan pelanggan kami, menjimatkan masa mereka tanpa perlu ke kaunter MOF untuk membuat permohonan.
Hubungi
Sila hubungi kami sekarang di talian 011-7000 9624 untuk kami membantu menguruskan proses pembaharuan renewmof.com anda. Kami akan pastikan sijil anda diluluskan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya anda berminat untuk renew sijil kewangan MOF boleh hubungi kami di talian 01170009624 atau boleh juga isi maklumat di website kami.