Siapa Layak Memohon MOF?

siapa yang layak mohon mof

Isi Kandungan

Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) merupakan sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh MOF untuk syarikat atau perniagaan yang ingin menawarkan barang atau perkhidmatan yang disediakan kepada sektor perkhidmatan awam. Pada zaman era digital ini, semua permohonan sijil kewangan MOF perlulah dilakukan secara atas talian (online) dan pemohon tidak perlu ke pejabat MOF untuk membuat pendaftaran. Dokumen pendaftaran yang telah diluluskan juga hanya dikeluarkan dalam bentuk softcopy sahaja  dan pemohon perlulah cetak sendiri sekiranya ingin sijil MOF tersebut dalam bentuk hardcopy. Jom kenalpasti sama ada siapa yang layak memohon MOF

siapa yang layak mohon mof

Siapa Layak Memohon MOF?

Antara organisasi yang layak untuk memohon sijil ini ialah perniagaan, syarikat, pertubuhan, koperasi, persatuan dan firma perunding.

Semua organisasi yang ingin memohon sijil MOF perlulah memastikan bahawa organisasi mereka telah berdaftar dengan mana-mana yang berikut. Seperti, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Ikhtisas atau Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad atau Lembaga Ikhtisas (Badan Profesional). Apa yang anda perlu tahu sekiranya anda tersenarai dari syarikat-syarikat tersebut?

Bagi syarikat dan perniagaan, anda hendaklah telah berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi semenanjung Malaysia. Manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak perlulah berdaftar dengan pihak berkuasa yang mendaftarkan syarikat di Sabah dan Sarawak. Kelebihan bagi syarikat dan perniagaan ini, anda boleh beroperasi samada di pejabat atau di rumah. Tetapi perlu diambil tahu. Terdapat beberapa kod bidang tertentu yang memerlukan pejabat untuk beroperasi seperti kod bidang ICT, hotel/chalet, jentera berat dan percetakan. Pejabat ini tidak terhad kepada pejabat persendirian sahaja, boleh juga pejabat perkongsian (co-working space) dan sebagainya.

Bagi firma perunding dikehendaki mengemukakan perakuan pendaftaran dengan Lembaga Ikhtisas (badan profesional) untuk menjalankan kerja-kerja perundingan. Sebagai mematuhi Akta yang dikeluarkan oleh Lembaga Ikhtisas berkaitan. Bagi firma perunding, adalah wajib mempunyai pejabat dan tidak dibenarkan sama sekali beroperasi menggunakan premis setiausaha syarikat, rumah kediaman, pasar, gerai dan pejabat syarikat percukaian.

Kesimpulan 

Selepas membuat semakan, jika anda merasakan syarikat anda ini layak memohon Sijil MOF dan CIDB ? Anda boleh menghubungi kami di talian 011 7000 9624 dengan segera bagi mendapatkan khidmat daripada pegawai terlatih kami. Pegawai kami akan membantu anda untuk menguruskan permohonan sehingga lulus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Sebut Harga?

Isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda beserta sebut harga