ePerolehan: Kenali Sistem ePerolehan MOF

EPEROLEHAN MOF

Isi Kandungan

ePerolehan ialah sebuah sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk pembekal. Sistem ini membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada jabatan Kerajaan secara atas talian (online). Sistem ePerolehan ini juga memudahkan syarikat untuk menyemak tawaran Tender atau Sebut Harga yang ditawarkan oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan melalui notifikasi sistem. Pembekal juga boleh membuat permohonan memasuki Tender melalui senarai notis Tender.

 

EPEROLEHAN MOF

 

Sijil Digital ePerolehan (Softcert)?

  • Siji digital ePerolehan bertujuan untuk pengesahan dokumen dan pembayaran ketika urusniaga dengan Kerajaan berjalan.
  • Pembekal perlulah menetapkan PIN dan jawapan Soalan Keselamatan bagi mengaktifkan softcert ini.
  • Bagi pembekal yang ingin membuat rundingan Tender atau menyediakan barangan serta perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia, wajib mempunyai softcert.
  • Hanya penama yang dilantikan sebagai pentadbir pembekal sahaja yang layak berurusan dengan Kerajaan.

 

Kelebihan Berdaftar Dengan MOF?

  • Kelebihan syarikat yang mempunyai Sijil Digital ePerolehan adalah membuktikan bahawa syarikat atau peniaga tersebut adalah sah dan berdaftar sebagai pembekal di bawah Perolehan Kerajaan Malaysia.
  • Kerajaan mudah untuk melantik anda untuk membekalkan produk atau perkhidmatan kepada mereka kerana anda telah berdaftar dengan MOF.
  • Urusniaga lebih dipercayai melalui sistem eperolehan.
  • Syarikat dan perniagaan anda telah berada dalam senarai yang layak berurusan dengan Kerajaan.

 

Syarat & Dokumen Pendaftaran

  1. Syarikat hendaklah melantik seorang pentadbir pembekal.
  2. Syarikat perlu mempunyai satu (1) akaun e-mel syarikat yang sah dan masih aktif bagi tujuan pengesahan permohonan dan pengaktifan.
  3. Dokumen sokongan perlu dikemukakan seperti SSM dan salinan kad pengenalan.
  4. Satu surat yang lengkap perlu disediakan (lengkap dengan maklumat syarikat).
  5. Pihak RenewMOF.com akan memproses permohonan selepas penerimaan dokumen sokongan yang lengkap.
  6. Proses kelulusan mengambil masa 1-3 waktu bekerja.

 

Rumusan

Dengan adanya RenewMOF.com, memudahkan anda memudahkan urusan pendaftaran ePerolehan dan MOF. Sila hubungi kami di talian 011-7000 9624 ataupun boleh mengisi Borang Permohonan untuk maklumat lebih lanjut. Dalam tempoh 24 jam, pegawai kami akan menghubungi anda (Isnin-Jumaat, 9 am-5 pm). Jom kembangkan perniagaan anda dengan MOF!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Sebut Harga?

Isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda beserta sebut harga

× Boleh kami bantu anda?